suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pemain Skuad Olimpik Kebangsaan Sertai Vion FC

PETALING JAYA: Tiga orang pemain pasukan Olimpik Malaysia menjadi pilihan pasukan Vion FC untuk beraksi bersama pasukan itu sebagai pemain pinjaman bagi perlawanan musim ini.

Mohamad Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Irfan Fazail berjaya menarik perhatian kelab itu sejak menjalani latihan dan perlawanan persahabatan di Slovakia sejak awal bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberi persetujuan membenarkan ketiga pemain ini beraksi dengan Vion yang kini sedang mendahului persaingan Liga Divisyen Satu Slovakia.

Ketiga-tiga pemain berkenaan juga telah bersetuju untuk beraksi dengan kelab ini dan menganggap ini adalah peluang terbaik untuk menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki permainan masing-masing.

Mereka akan bersama-sama kelab Vion berkuatkuasa serta merta sehingga tamat musim pada 31 Oktober 2011.

Semua pemain ini akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Slovakia.

Artikel Sebelum

Tiada Aksi Powell Di Daegu

Artikel Lain