suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adebayor Sasaran Kelab Rusia

PEMAIN Manchester City, Emmanuel Adebayor yang dipinjamkan kepada pasukan Real Madrid musim lalu kini "diburu" kelab Zenit St Petersburg dari Rusia, menurut laporan media.

Ini berikutan Adebayor diberitahu bahawa dia tidak akan diberi kontrak tetap di Bernabeu.

Pada masa yang sama, Manchester City juga ingin menjual beberapa pemain pada musim panas ini termasuk Adebayor yang dibayar £130,000 seminggu (atau RM639,227.79 seminggu).

Tottenham pada mulanya berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa dari Togo itu, tetapi Harry Redknapp tidak mempunyai dana mencukupi untuk membayar gaji Adebayor yang tinggi.

Blackburn Rovers, bagaimanapun, masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekas pemain Arsenal itu.

Artikel Lain