T'Team Ingatkan Juara FA Jangan Terlalu Yakin - Sukan | mStar

T'Team Ingatkan Juara FA Jangan Terlalu Yakin

KUALA TERENGGANU: T'Team mengingatkan Terengganu yang baru merangkul Piala FA agar jangan terlalu yakin apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Super di sini malam Selasa.

Jurulatih T'Team, Yunus Alif berkata T'Team pernah mengalahkan pasukan yang hebat seperti Kelantan dan Selangor sebelum ini.

"Dalam bola sepak semua boleh berlaku dan tidak mustahil T'Team akan membuat kejutan malam esok," katanya, Isnin.

Yunus berkata walaupun dalam pusingan pertama T'Team tewas 0-1 kepada Terengganu, namun mereka menggap kekalahan itu sebagai satu suntikan semangat untuk perlawanan malam esok.

Beliau berkata T'Team tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Terengganu untuk mengejar kejuaraan Piala Liga sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Yunus berkata beliau telah membuat persiapan rapi termasuk memperkemaskan semua posisi bagi mempastikan Terengganu menghadapi laluan sukar.

Katanya sungguhpun T'Team bakal kehilangan beberapa pemain sandaran seperti Norfarhan Mohamad, Shamsuri Mustapa, Sobri Sulong dan Badrul Hisani, tetapi ia tidak akan menjejaskan pasukan itu.

Beliau berkata T'Team masih mempunyai ramai pemain simpanan yang berkaliber untuk mengambil tempat pemain berkenaan.

Yunus berkata barisan pertahanan T'Team akan bertambah kebal dengan kembalinya Ezrain Shamsuddin dalam kesebelasan utama selepas pulih dari kecederaan.-BERNAMA

T'Team , Piala FA , Liga Super , Yunus Alif , Piala Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain