suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket Malaysia Lawan Tiga Kelab EPL Dapat Sambutan

PETALING JAYA: bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan tiga pasukan handalan kelan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool, Arsenal dan Chelsea yang akan berlangsung di sini bulan depan mendapat sambutan menggalakkan sejak mula dijual lima hari lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn Bhd Julian Kam berkata setakat ini 20,000 tiket bagi perlawanan melibatkan Liverpool dijual.

Bagi perlawanan dengan Arsenal, sebanyak 16,500 tiket telah dijual dan dengan Chelsea, 15,000 telah dijual.

"Saya rasa tiket akan habis dijual menjelang hujung bulan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

ProEvents adalah penganjur ketiga-tiga perlawanan itu.

Tiket berharga antara RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP terhad RM388 boleh didapati di kedai sukan terpilih seperti Adidas dan kedai Ticketpro.

Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai. Perlawanan dengan Liverpool bermula pada 5.45 petang manakala dua perlawanan lagi bermula pada 8.45 malam.-BERNAMA

Artikel Lain