suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan Layar: Malaysia Kuasai Tiga Kategori

LANGKAWI: Malaysia menguasai tiga kategori pada kejohanan Qatar International Regatta 2011 Sail The Gulf edisi ke-19 yang sedang berlangsung di Doha Sailing Club, Ras Abu Aboud, Doha, Qatar.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia(MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata pelayar elit, Khairul Nizam Mohd Afendy kekal menjadi pendahulu acara Laser Standard setelah memenangi kesemua lapan perlumbaan pada Jumaat.

"Peluang untuk meraih kejuaraan cerah, baki dua perlumbaan akan menentukan kejayaan acara itu," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Katanya gandingan Mohd Latif Khan dan Mohd Hafizudin Mazelan turut cemerlang dengan menjadi pendahulu dalam acara International 420 manakala rakan sepasukan Nor Afikah Mohd Latif dan Khairunesa Mohd Afendy menduduki tangga kedua acara itu.

Katanya, seorang lagi pelayar negara Khairuneta Mohd Afendy yang menduduki tangga kedua semalam kembali merebut tempat pertama acara International 4.7 setelah memintas pelayar Sweden.

Mohd Afendy berkata penyertaan pelayar negara ke kejohanan itu untuk menguji kemampuan mereka dalam menghadapi Sukan SEA di Jakarta, Indonesia November ini. Lebih 200 pelayar dari 12 negara menyertai kejohanan itu yang bermula Selasa sehingga Sabtu ini.-BERNAMA

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia