Wolves Calar Rekod Man United - Sukan | mStar

Wolves Calar Rekod Man United

REKOD tanpa kalah yang dipegang oleh Manchester United akhirnya tercalar apabila terpaksa tunduk 1-2 kepada pasukan yang menduduki tangga terbawah liga, Wolverhamtom Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

United yang sebelum ini berbangga dengan rekod 30 perlawanan tanpa kalah akhirnya tersungkur dengan kehadiran dua gol oleh pemain pertahanan Wolves, George Elokobi sekali gus meranapkan impian untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah itu.

Biarpun pemain sayap United, Nani berjaya menjaringkan gol seawal minit ketiga permainan, namun kedegilan pasukan tuan rumah dalam mempertahankan kubu mereka menggagalkan usaha United untuk menambah jaringan.

Elokobi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-10 selepas hantaran sudut yang dilakukan Jarvis tepat kepadanya yang terus menanduk ke gawang, menewaskan penjaga gol United Van der Sar.

Manakala gol kemenangan Wolves turut dilakukan Elokobi pada minit ke-40 sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak separuh masa kedua menyaksikan United cuba bangkit, namun gagal menggunakan peluang untuk menambah jaringan dan memaksa mereka akur dengan kekalahan kepada pasukan tercorot.

Pun begitu, United kini masih gah berada di puncak dengan 54 mata, diikuti pencabar terdekat Arsenal (50 mata) yang turut gagal meraih mata penuh pada pertemuan menentang Newcastle United apabila hanya terikat dengan keputusan seri, 4-4.

Artikel Sebelum

West Brom Pecat Di Matteo

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Neville Gantung But

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain