suria

Arsenal Terus Beri Tekanan Kepada United

Koscielny menjaringkan gol pertama untuk Arsenal ketika bertemu Everton.
Koscielny menjaringkan gol pertama untuk Arsenal ketika bertemu Everton.
Koscielny menjaringkan gol pertama untuk Arsenal ketika bertemu Everton.

LONDON: Laurent Koscielny menanduk masuk gol kemenangan Arsenal ketika pasukan itu menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit untuk menundukkan Everton 2-1 pada Selasa sekaligus memberi tekanan kepada Manchester United dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Penyerang Everton, Louis Saha membuka jaringan seawal minit ke-24 selepas mangambil sepakan lencong Seamus Coleman yang mengumpan bola di belakang pertahanan Arsenal.

Ulangan semula perlawanan di televisyen menyaksikan Saha berdiri sekurang-kurangnya semeter dari kawasan offsaid sebelum dia menerjah kubu The Gunners.

Bagaimanapun, gol itu dibenarkan kerana Koscielny cuba mengeluarkan bola itu dari kawasan penalti sebelum Saha membuka jaringan.

Kedua-dua pengurus menyifatkan gol itu sebagai offsaid.

"Ia keputusan yang silap tetapi bukan kami yang memutuskan perkara itu," kata pengurus Everton, David Moyes.

Pengadil Lee Mason mencetuskan keputusan penuh kontroversi pada perlawanan itu manakala Moyes mendakwa kapten Arsenal, Cesc Fabregas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan itu selepas tamat babak masa pertama.

Andrei Arshavin menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas menyempurnakan hantaran Fabregas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anuar Akui Sukar Rebut Jersi Biru

Artikel Lain