suria

Anelka Suntik Semangat Chelsea

Anelka membuktikan dia masih mampu menghadiahkan gol untuk Chelsea.
Anelka membuktikan dia masih mampu menghadiahkan gol untuk Chelsea.
Anelka membuktikan dia masih mampu menghadiahkan gol untuk Chelsea.

SUNDERLAND:Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka memberi tindak balas terhadap kehadiran Fernando Torres dengan menjaringkan satu gol sebelum mencipta peluang kepada rakan sepasukannya untuk tiga gol seterusnya ketika menundukkan Sunderland 4-2 pada Selasa.

Bekas penyerang Perancis itu menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada saat akhir menerusi gerakan solo memukau dalam kemenangan ketiga The Blues dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menyamakan kedudukan apabila Phil Bardsley membuka jaringan awal untuk Sunderland sebelum Salomon Kalou meletakkan The Blues di depan pada minit ke-23 selepas memanfaatkan hantaran Anelka.

Kieran Richardson meletakkan kedudukan 2-2 pada minit ke-26 tetapi gol John Terry dan Anelka memberi tiga mata penuh kepada Chelsea dalam pertembungan di Stadium of Light.

Torres yang berhijrah dari Liverpool pada Isnin dengan rekod perpindahan Britian tidak dapat beraksi dalam saingan malam Selasa kerana gagal mendaftar pada masa yang ditetapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anuar Akui Sukar Rebut Jersi Biru

Artikel Lain