suria

Trofi Ballon D'Or Milik Messi

Messi menunjukkan trofi FIFA Ballon d'Or 2010 yang dimenanginya pada Isnin.
Messi menunjukkan trofi FIFA Ballon d'Or 2010 yang dimenanginya pada Isnin.
Messi menunjukkan trofi FIFA Ballon d'Or 2010 yang dimenanginya pada Isnin.

PEMAIN kebangsaan Argentina, Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali kedua berturut-turut manakala Jose Mourinho merangkul gelaran Pengurus Terbaik Dunia pada Isnin sekaligus meninggalkan juara Piala Dunia, Sepanyol dalam keadaan hampa.

Messi mengetepikan rakan pasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi untuk memenangi gelaran FIFA Ballon D'Or.

Mourinho yang kini melatih Real Madrid berhak merangkul gelaran Pengurus Terbaik selepas membantu Inter Milan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah, Serie A dan Piala Itali.

"Trofi yang paling penting bagi saya adalah trofi kolektif bukan trofi khas untuk individu. Namun trofi ini amat bersejarah untuk saya dan bola sepak Portugal," kata Mourinho.

Iniesta dan Xavi sentiasa menjadi pilihan untuk merebut trofi berprestij itu selepas membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia tahun lalu manakala Messi gagal menjaringkan sebarang gol ketika memperkuat Argentina.

"Saya berasa seronok berkumpul di sini bersama rakan pasukan. Saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan mereka. Tanpa mereka saya tidak akan berada di sini," kata Messi.

Trofi kemenangan itu dianugerahkan buat kali pertama sejak keputusan untuk menyatukan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dengan anugerah majalah bola sepak Perancis, Ballon D'Or.

Messi memenangi kedua-dua anugerah itu musim lalu.

Luis Suarez merupakan satu-satunya pemain Sepanyol yang memenangi Ballon D'Or pada 1960.

Artikel Sebelum

Trofi Ballon D'Or Milik Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain