suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beckam Mungkin Hanya Berlatih Bersama: Redknapp

PENYOKONG-penyokong kelab Tottenham Hotspur bakal kempunan untuk melihat kelibat bekas kapten England, David Beckham beraksi bersama pasukan kendalian Harry Redknapp dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimana pun Redknapp berkata, Beckham kemungkinan hanya akan turun berlatih bersama tetapi bukan sebagai pemain pinjaman untuk membantu pasukan Spurs.

“Saya tidak yakin ia akan berlaku kerana terdapat masalah yang melibat insuran. Tetapi Beckham memang dialu-alukan datang ke sini, berlatih bersama kami selama sebulan dan kami yakin dia bersetuju untuk itu.

“Namun untuk melihat dia bermain, ia seperti angan-angan sahaja,” katanya, Ahad.

Redknapp sebelum ini berharap pemain tengah La Galaxy itu boleh bersama Spurs selama dua bulan sebelum bermulanya Liga Bolasepak Major, Amerika Syarikat Mac ini.

Artikel Sebelum

Trofi Ballon D'Or Milik Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain