suria

Chelsea Semakin Terdesak

JUARA musim lalu, Chelsea semakin terdesak selepas mengalami kekalahan memalukan ditundukkan oleh pasukan tercorot dalam liga, Wolverhampton Wanderers 1-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi Khamis di Molineux.

Lebih malang bagi pasukan kendalian Carlo Ancelotti ini apabila gol kemenangan tuan rumah itu hasil daripada gol sendiri pemain pertahanan The Blues, Jose Bosingwa selepas hantaran sudut yang dilakukan Stephen Hunt pada minit ke-5 mencecah di kawasan kotak penalti.

Namun Bosingwa tersilap perhitungan selepas cuba menyelamatkan keadaan dengan membuat hantaran ke gol sendiri sekaligus memberi mata percuma kepada pasukan Mick McCarthy ini.

Kekalahan ini mneyaksikan Chelsea semakin jauh untuk mempertahankan gelaran juara yang diraih musim lalu apabila ditinggalkan jauh oleh pendahulu liga, Manchester United yang kini masih mengekal rekod tanpa kalah dengan 44 mata.

Kini The Blues berada di kedudukan kelima liga dengan 35 mata selepas mengalami lima kali kekalahan dalam sebelas perlawanan menyaksikan ia persembahan terburuk dalam tempoh 14 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ferguson Belum Puas Hati

Artikel Lain