Dua Pemain Negara Dijangka Pulih Sebelum Perlawanan Akhir Pertama Bermula - Sukan | mStar

Dua Pemain Negara Dijangka Pulih Sebelum Perlawanan Akhir Pertama Bermula

PETALING JAYA: Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang cedera terpaksa direhatkan dari latihan tetapi dijangka pulih menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dengan Indonesia Ahad ini.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata kedua-dua pemain posisi tengah mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam di separuh akhir.

"Amirulhadi mendapat kecederaannya pada pertemuan separuh akhir pertama di Bukit Jalil manakala Mohd Khyril Muhymeen pula di Hanoi," katanya selepas sesi latihan skuad bola sepak negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang Selasa.

Beliau berkata mereka berdua direhatkan sementara waktu dan tidak menyertai barisan pemain lain tetapi menjalani latihan larian untuk sesi pemulihan.

"Saya akan melihat keadaan mereka berdua esok bagi menilai kecederaan sebelum meletakkan mereka dalam kesebelasan utama dalam pasukan kebangsaan Ahad ini," katanya.

Malaysia layak ke perlawanan akhir timbal balik ini selepas menumpaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Rajagobal berkata pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Felda United di Padang Wisma FAM pada pukul lapan malam ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir itu.

"Saya mahu melihat prestasi mereka sebelum membuat keputusan dan saya memberi peluang kepada pemain simpanan beraksi menunjukkan kehebatan mereka.

"Saya juga mahu anak buah saya menunjukkan corak permainan yang konsisten pada perlawanan akhir pertama nanti kerana kita telah melangkah jauh dan harus ambil kesempatan ini untuk menunjukkan kemampuan negara," katanya.

Rajagobal berkata walaupun skuad di bawah bimbingannya dianggap 'underdog' dan rata-rata di kalangan pemain muda, namun persembahan mereka kali ini nyata membanggakannya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Donovan Tidak Akan Kembali Perkuat Everton

Artikel Berikut

Federer Tewaskan Nadal Pada Perlawanan Amal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain