suria

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

ARSENE Wenger (gambar) percaya pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra tidak menghormati Arsenal kerana menyifatkan pasukan itu tidak ubah seperti sebuah akademi latihan menjelang pertemuan klasik di Old Trafford, awal pagi Isnin ini.

The Gunners memintas United untuk mengisi tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu selepas menewaskan Fulham manakala perlawanan di antara Red Devils dan Blackpool ditangguhkan.

Evra mencetuskan perang psikologi menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam temu bual bersama televisyen Perancis dengan mendakwa Arsenal berdepan krisis kemarau kejuaraan selepas gagal memenangi trofi sejak 2005.

Bagaimanapun, Wenger mengakui perang mulut itu tidak sedikitpun menjejaskan persiapan Arsenal malah menjadi anak buahnya lebih bersemangat.

"Dia sengaja mengapi-apikan keadaan sebelum perlawanan getir itu. Kami sentiasa menekankan corak permainan menarik dan tidak peduli dengan kenyataan yang dikeluarkan sesiapa. Secara peribadinya, saya percaya jika anda pemain hebat, anda sentiasa menghormati lawan dan itu yang cuba kami lakukan," katanya.

Menurut Wenger, pasukannya sendiri bersemangat untuk memenangi setiap perlawanan dengan mengekalkan kualiti permainan terbaik.

Artikel Sebelum

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

Artikel Berikut

Artikel Lain