Kedudukan Skuad Memanah Negara Akan Dikaji - Sukan | mStar

Kedudukan Skuad Memanah Negara Akan Dikaji

KUALA LUMPUR: Prestasi merundum skuad memanah negara dalam beberapa kejohanan besar tahun ini mendapat perhatian serius dan kedudukannya dalam program 'Road To London 2012' bakal dikaji semula.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, prestasi buruk skuad memanah bermula pada Sukan Sea di Laos tahun lalu, seterusnya ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang baru berakhir bulan lalu.

Skuad memanah negara gagal meraih sebarang pingat, malah tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti sebelum ini yang berjaya menjadi acara pilihan untuk meraih pingat emas.

"Kita akan melihat masalah atau kekurangan yang berlaku pada skuad ini. Saya akan berjumpa dengan pihak persatuan dan keputusan sama ada acara ini dikekalkan atau digugurkan akan diberitahu kemudian," katanya selepas Mesyuarat Lembaga Pengurus Penggal Ke-17, kali Kedua di Kompleks Sukan Bukit Jalil, khamis.

Ahmad Shabery berkata, selain memanah dua lagi acara yang dipandang serius adalah acara olahraga dan renang yang turut dilihat merosot dan gagal memberi sebarang pingat.

"Mesyuarat hari ini adalah perbincangan mengenai bajet 2011, prestasi MSN dalam menghadapi beberapa kejohanan yang telah berlangsung iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Kita menilai kelemahan pada acara-acara yang tidak mencapai tahap yang diingini dan berbincang untuk langkah seterusnya. Kita juga turut menilai prestasi acara yang tersenarai ke program Road To London dan saya berpuas hati kerana kita berada di landasan yang betul," katanya.

Sebanyak enam acara utama yang disenarai dalam Road To London iaitu badminton, lumba basikal, menembak, hoki, terjun dan memanah (akan dikaji semula).

"Sebelum ini hanya tiga acara disenaraikan iaitu badminton, lumba basikal dan memanah namun berdasarkan prestasi cemerlang di Sukan Asia kami mengambil keputusan untuk menyenaraikan acara hoki, menembak dan terjun ke dalam program ini.

"Acara hoki telah memberi kesan besar kepada negara setelah membuat sejarah mara ke final pada Sukan Asia lalu. Diharap mereka akan membuatkan persediaan lebih rapi daripada sekarang menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik .

"Acara menembak pula adalah acara baru dan telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dan turut meraih pingat gangsa. Ini bukan yang mudah kerana mereka bersaing dengan penembak terbaik dunia dan kita hanya beberapa tapak di belakang mereka.

"Manakala sukan terjun juga turut menonjolkan prestasi memuaskan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata acara badminton terus dikekalkan walaupun gagal meraih emas pada Sukan Asia lalu.

"Badminton akan tetap dikekalkan walaupun gagal menyumbang emas. Kita sedar agak sukar untuk meraih emas, namun mereka tetap menyumbangkan pingat kepada negara," katanya.

Bagaimana pun Ahmad Shabery berkata, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan pencapaian atlet tahun ini sekali gus semangat yang ada pada atlet negara ini telah memberi keghairahan kepada peminat sukan tanah air.

"Kejayaan skuad negara pada tahun ini memberi impak besar kepada peminat sukan tanah air dan ia sesuatu yang baik. Semoga situasi ini akan kekal pada pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2014," katanya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

default image

2010, Prestasi Terbaik Atlet Negara: Shabery

default image

2010 Tahun Keramat Nicol

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain