suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

240 Pemain Dari 13 Negara Sertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI: Seramai 240 pemain dari 13 negara sedang berentap pada Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi di sini bermula semalam.

Pengarah kejohanan Mohd Edham Mohd Nazri berkata penyertaan kali ini adalah menggalakkan berbanding tahun lepas yang disertai 220 pemain dari 10 negara.

" Russia menghantar tiga pemain, kali pertama mereka menyertai kejohanan ini. Kejohanan lima hari itu dirasmikan Anggota Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya negara lain yang turut serta ialah Korea Selatan yang menghantar 15 pemain, Afrika Selatan (14), Sri Lanka (5), Singapura (31), Thailand (24), Filipina (5), Kazakhstan (3), Turmenistan (21), Tajikistan (8), Kyrgzstan (9) dan Uzbekistan (6) manakala selebihnya mewakili persatuan negeri-negeri dan kelab di Malaysia.

Beliau berkata kejohanan itu mempertandingkan kategori bawah 16, 14, 12 dan 10 tahun bagi acara perseorangan dan beregu lelaki serta wanita.

Mohd Edham yakin kejohanan itu dapat mencungkil bakat-bakat tenis muda untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Persatuan Lawn Tenis Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

Artikel Berikut

Artikel Lain