suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Gagal Ke Pusingan Akhir Piala Emas Raja-Raja, Tumpas 1-0 Kepada Kelantan

KUALA TERENGGANU: Hasrat Trengganu untuk memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja berkecai apabila tumpas 1-0 di tangan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah di sini malam Isnin.

Dalam perlawanan peringkat separuh akhir pertama di Kota Baharu sebelum ini Terengganu kecundang 3-0.

Kelantan yang memerlukan seri, memperolehi gol tunggal pada minit ke-17 di separuh masa pertama selepas rembatan Ramzul Zahini Adenan gagal ditepis Mohd Shahril Saari.

Mohd Shahril yang mendapat umpanan daripada tengah, terus melarikan bola di sebelah kanan gol Terengganu sebelum merembat kencang melepas jengkauan Shahril.

Terengganu boleh dikatakan mengusai permainan, terutamanya pada babak kedua, tetapi gagal menembusi gawang Kelantan.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung di Kota Baharu pada 15 Disember ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain