suria

Hughton Dipecat Sebagai Pengurus Newcastle

NEWCASTLE United memecat pengurusnya, Chris Hughton (gambar) selepas 18 bulan mengendalikan pasukan di St James’ Park.

Hughton, 51, meninggalkan kelab bersama jurulatih penjaga gol, Paul Barron selepas kalah 3-1 kepada West Bromwich Ahad lalu.

Sementara itu, Hughton mencatatkan rekod terbaik sepanjang mengurus pasukan dengan 39 kemenangan, 14 kalah dan 17 seri keseluruhannya.

Menurut kenyataan dalam laman web kelab, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang ditunjukkan Chris sepanjang menguruskan pasukan ini.

“Chris telah menunjukkan usaha yang gigih bagi meletakkan pasukan di tempat yang terbaik semenjak dilantik menjadi pengurus bermula Oktober 2009.

“Namun dukacitanya pihak atasan mengambil keputusan untuk mengganti dengan pengurusan yang lebih berpengalaman selepas ini. Sekarang pemilihan untuk mendapat pengurus baru bermula. Keputusan akan diberitahu secepat mungkin," katanya.

Sementara itu Hughton berkata dalam satu kenyataan Persatuan Pengurus-pengurus Liga (LMA): “Kami telah membina momentum yang bermakna tahun lalu, diikuti mendapat peluang kembali ke persaingan Liga Perdan Inggeris (EPL) dan telah menduduki dalam kelompok terbaik dalam liga.

“Saya bangga dengan pencapaian kelab ini dan gembira dengan hubungan erat antara pemain, pegawai pasukan dan penyokong sepanjang saya menguruskan Newcastle.

“Saya tidak boleh memberi komen apa-apa mengenai pemecatan ini dan segalanya diserahkan kepada LMA,” katanya.

Hughton juga meninggalkan kelab dengan menyaksikan pasukannya berada ditangga ke-11 kedudukan liga, malah turut mencatatkan rekod bermakna apabila berjaya menewaskan musuh terdekat, Sunderland 5-1 dan turut menang ke atas Arsenal 1-0 awal November lalu.

Selain itu, pasukan Hughton ini turut meraih seri 1-1 ke dengan Chelsea pada saingan Liga Juara-juara (CL).

Bagaimanapun keputusan terkini tidak menggembirakan pihak atasan kelab selepas dikalahkan Bolton 1-5 dan tunduk kepada Albion 1-3 semalam.

“Selepas banyak perlawanan diharungi, kami sedar tekanan makin bertambah selepas kalah beberapa perlawanan. Sebahagiannya akan cuba mencari jawapan, dan sebahagian lagi akan menambahkan kemarahan anda.

“Tetapi ini adalah perkara normal selepas perlawanan, lebih-lebih lagi apabila pasukan kalah,” katanya.

Selain itu bekas pengurus Spurs, Martin Jol disenaraikan sebagai calon pilihan menggantikan Hughton selepas meninggalkan Ajax pagi Isnin lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain