suria

Terengganu Kekal 14 Pemain Lama, Ambil Sembilan Pemain Baru

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengekalkan 14 pemain lama di samping mengambil sembilan pemain baru mengharungi kejohanan Liga Malaysia musim 2011.

Menerusi senarai nama pemain yang diumumkan di sini hari ini, pemain yang dikekalkan ialah Mohd Sarbinee Allawee, Mohd Shamirza Yusoff, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Mohd Muhaimin Omar, Helmi Ramli, Mohd Zharif Hasna, Joseph Kalang Tie, Mohd Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi, Mohd Hasan Basri, Nordin Alias dan Zubir Azmi.

Sementara pemain baru ialah Ahmad Shahril Zakaria, Abdul Hadi Yahaya, Ismail Faruqi daripada pasukan T'Team, Nik Zul Aziz Nawawi, Hasmizan Kamaruddin (Pahang), Mazlizam Mohamad (Perlis), Reeshafiq Alwi (KL Plus), Safuan Adli Shaari (Perak) dan Mohd Ailim Kamaruddin (Kelantan).

"Seramai 14 pemain musim lalu masih dikekalkan untuk musim baru akan datang setelah masing-masing memperlihatkan mutu dan prestasi permainan yang memuaskan," kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Tajudin Sheikh Yusof kepada Bernama.

"Kita yakin gabungan pemain-pemain lama dan baru ini akan menjadikan pasukan Terengganu lebih kemas dan mantap dalam menghadapi kejohanan musim depan," katanya yang juga Penolong Pengurus pasukan Terengganu.

Beliau berkata kesemua pemain sedang giat menjalani latihan di bawah jurulatih Irfan Bakti sejak 20 November lalu.

Sheikh Tajudin berkata pasukannya telah mengatur beberapa perlawanan ujian dengan beberapa buah pasukan lain bulan ini seperti Pos Malaysia, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Felda United.

Artikel Sebelum

Skuad Goalball Sasar Lima Pasukan

Artikel Berikut

Artikel Lain