suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Sekadar Kutip Seri

PASUKAN The Blues, sekadar mengutip seri 1-1 pada pertemuan menentang Newcastle United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), di Stadium St. James Park, Ahad.

Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah apabila pada minit ke-6, Andy Carroll menjaringkan gol pembukaan, namun Salomon Kalou menyelamatkan maruah pasukannya daripada terus ditimpa kekalahan apabila sebelum separuh masa pertama tamat, dia berjaya menyamakan kedudukan.

Babak separuh masa kedua, menyaksikan kedua pasukan gagal mencari gol biarpun peluang untuk menambah jaringan bagi Chelsea terbuka luas.

Biar pun seri, ia sekurang-kurang melegakan pengurusan Chelsea kerana sebelum ini pasukan kendalian Carlo Ancelotti ini kalah dua kali berturut-turut.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan pasukan Manchester United mengambil alih kedudukan teratas liga dengan kelebihan dua mata (31 mata) daripada Chelsea.

NEWCASTLE: Krul, Simpson, Steven Taylor, Campbell, Jose Enrique, Routledge, Guthrie, Tiote, Gutierrez, Carroll, Ameobi. (Pemain simpanan): Soderberg, Lovenkrands, Perch, Smith, Best, Kadar, Ranger

CHELSEA: Cech, Bosingwa, Alex, Ivanovic, Cole, Ramires, Mikel, Malouda, Anelka, Drogba, Kalou. (Pemain simpanan: Turnbull, Ferreira, Sturridge, Van Aanholt, Bruma, Kakuta, McEachran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain