suria

Chong Wei Jumpa Lin Dan Di Final

GUANGZHOU:Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan jaguh China, Lin Dan akan bertemu di pusingan akhir dalam usaha merebut pingat emas acara perseorangan lelaki pada Sukan Asia.

Chong Wei bangkit selepas tewas pada set pertama apabila menundukkan juara dunia dari China, Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7 manakala Lin Dan mengatasi pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan 21-14, 21-10.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu dan calon pilihan Lin Dan pernah memenangi kejuaraan dunia dan Olimpik tetapi belum mencipta kejayaan di Sukan Asia akan bertemu sesama sendiri dalam aksi final, Ahad.

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan perlawanan esok. Saya gembira kerana bertemu dengan Lee Chong Wei. Dia adalah pemain perseorangan terbaik. Sesiapa saja yang bertemu dengannya perlu tangkas," katanya.

Lin pernah kalah mengejut ke atas Park pada Kejuaraan Dunia di Paris, Ogos lalu tetapi berjaya menebus kembali kekecewaan itu di Gimnasium Tianhe pada Sabtu.

Sementara itu, Chong Wei yang menanggung kecederaan buku lali tahun ini terpaksa bekerja keras untuk menjinakkan Chen Jin.

Namun, beliau kembali menemui momentum pada set kedua dan mengekalkan permainan konsisten sehingga set ketiga.

"Saya tewas pada set pertama kerana begitu tertekan. Saya tidak dapat menanganinya dan sedikit cemas. Namun saya mula yakin selepas set kedua dan percaya mampu memenangi perlawanan ini," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain