suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Mungkin Tak Sertai Sukan Asia Lagi

GUANGZHOU: Sambil mengisytiharkan Sukan Asia ke-16 di sini mungkin yang terakhir baginya, Datuk Lee Chong Wei berkata beliau berazam untuk memenangi emas dalam acara perseorangan badminton temasya itu yang sedang berlangsung di sini.

Setelah melayakkan diri ke separuh akhir hari ini, jaguh negara itu berkata Sukan Asia berikutnya di Incheon, Korea Selatan adalah empat tahun dari sekarang, satu tempoh yang agak lama.

"Jadi di Guangzhou inilah tempat yang wajar bagi saya meraih emas," katanya selepas menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand di suku akhir pagi Jumaat.

Dalam separuh akhir Sabtu, beliau akan berdepan Chen Jin dari China.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, mengambil masa 57 minit bagi menundukkan Boonsak 21-13, 21-17, sekali gus menebus kekalahannya kepada lawannya itu dalam acara berpasukan pada Sabtu lepas.

Chen Jin, pemain nombor lima dunia pula, mengetepikan cabaran Chou Tien Chen dari Taiwan 21-19, 21-14 dalam satu lagi suku akhir pada Jumaat.

Chong Wei dan Chen Jin pernah bertemu sembilan kali sebelum ini, dengan pemain Malaysia itu menang tujuh kali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain