suria

Vettel Dinobatkan Juara Formula Satu 2010

ABU DHABI: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai Abu Dhabi Grand Prix di litar lumba Yas Marina, sekali gus memenangi kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) Ahad.

Kejuaraan ini bukan sahaja kejayaan berganda pasukan Red Bull, malah lebih manis lagi apabila Vettel merupakan pelumba termuda yang pernah meraih gelaran ini pada usia 23 tahun 106 hari, mengetepikan rekod terdahulu yang dipegang Lewis Hamilton pada umur 23 tahun 307 hari sebelum ini.

Pada aksi perlumbaan semalam, Vettel terus mengekalkan rentak di petak pertama sejak perlumbaan bermula dan sekali gus mengetepikan pencabar terdekat pasukan McLaren.

Tempat ketiga dimenangi oleh bekas juara 2009, Jenson Button yang juga rakan sepasukan Hamilton.

Vettel menamatkan cabaran musim ini dengan 256 mata di hadapan Alonso yang mengutip 252 mata dan diikuti oleh Webber dengan 242 mata dan Hamilton dengan 240 mata.

Artikel Berikut

Artikel Lain