suria

Asia: Berita Ringkas Sukan Asia Di Guangzhou

GUANGZHOU: Berikut adalah corat coret dari Sukan Asia Guangzhou.

Dua atlet triatlon Malaysia, Mohd Zuhar Ismail dan Wei Kuo Hau menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat ke-17 dan 18 dalam acara triatlon.

Dalam acara tiga disiplin itu -- renang (1.5km), berbasikal (40km) dan berlari (10km), Mohd Zuhar mengumpul masa dua jam, 17 minit 05.38 saat manakala rakan senegaranya pula mencatatkan 2'20:05.50s.

Masa yang dicatatkan itu jauh ketinggalan daripada yang dicatatkan oleh pemenang pingat emas, Yuichi Hosoda dari Jepun, iaitu 1'52:15s.

Sementara itu, pasukan ping pong berpasukan wanita mengakhiri cabaran Kumpulan D dalam acara wanita berpasukan dengan memperoleh tempat keempat selepas Korea Selatan dan Hong Kong.

Dalam perlawanan hari ini menentang Hong Kong, Malaysia tumpas 3-0.

Peserta berpengalaman Beh Lee Wei dijinakkan 4-11, 8-11, 9-11 oleh Jiang Huajun, Ng Sock Khim kalah kepada Tie Ya Na 6-11, 7-11, 5-11 manakala Chiu Soo Jiin diketepikan oleh Lin Ling 2-11, 1-11, 4-11.

Dalam pada itu, pelumba basikal Mohd Azizulhasni Awang melayakkan diri ke final acara pecut 200m individu lelaki setelah mendapat tempat ketiga dengan masa 10.361 saat.

Dalam pusingan kelayakan hari ini, Zhang Lei dari China mencatatkan 10.140s untuk tempat pertama diikuti pelumba Jepun Kitatsuru Tsubasa (10.297s).

Seorang lagi peserta Malaysia, Muhamad Edrus Md Yunos berada di tempat ketujuh dengan catatan 10.514s dan akan berlumba dalam pusingan repechage untuk penentuan tempatan ke-9 hingga 12. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain