suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wilkins Tinggalkan Chelsea

Ancelotti kehilangan orang yang dipercayai untuk membantunya selepas pengurusan kelab tidak menyambung kontrak Wilkins (kanan).
Ancelotti kehilangan orang yang dipercayai untuk membantunya selepas pengurusan kelab tidak menyambung kontrak Wilkins (kanan).
Ancelotti kehilangan orang yang dipercayai untuk membantunya selepas pengurusan kelab tidak menyambung kontrak Wilkins (kanan).

PENOLONG pengurus pasukan Chelsea, Ray Wilkins segera meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tidak disambung.

“Saya mewakili kelab mengucapkan terima kasih kepada Ray yang telah banyak membantu kelab ini. Kami harapkan dia akan berjaya di masa depan,” kata Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay dalam satu kenyataan, Jumaat.

Bagaimanapun tiada sebab yang jelas mengapa kontrak orang kepercayaan Carlo Ancellotti itu tidak disambung.

Wilkins,54, merupakan bekas pemain tengah The Blues dan pemain England telah membuat penampilan sebanyak 179 bersama Chelsea sebelum menyertai Manchester United pada tahun 1979.

Selepas itu Wilkins menjadi orang penting di belakang tabir dan menghabiskan beberapa musim bersama Chelsea selepas dilantik menjadi pembantu Luiz Scolari dan turut mengendalikan pasukan untuk seketika selepas jurulatih dari Brazil itu dipecat pada tahun 2009.

Selepas itu Wilkins turut bekerja bersama Guus Hiddink sebelum Ancelotti mengambil alih menjadi pengurus kelab sehingga berjaya menjulang trofi kejuaraan Liga perdana musim lalu.

Pengurusan Chelsea berkata, Wilkins tidak ditawarkan kontrak baru dan sebab itu dia segera meninggalkan kelab.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain