suria

Inzaghi Terpaksa Berehat Panjang

Inzaghi terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat AC Milan musim ini selepas mengalami kecederaan serius.
Inzaghi terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat AC Milan musim ini selepas mengalami kecederaan serius.
Inzaghi terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat AC Milan musim ini selepas mengalami kecederaan serius.

PENYERANG AC Milan, Filippo Inzaghi bakal terlepas baki perlawanan musim ini selepas bergelut dengan kecederaan serius di lutut kirinya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Milan pada Khamis, selepas temu janji dengan doktor, Inzaghi dinasihatkan supaya menjalani pembedahan.

Inzaghi yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini menanggung kecederaan selepas diturunkan dari bangku simpanan ketika menundukkan Palermo 3-1 sekali gus meletakkan The Rossoneri di tangga teratas Serie A.

Milan berhasrat untuk tidak menawarkan kontrak baru kepada Ronaldo ketika menanggung kecederaan sama dua tahun lalu tetapi semangat yang ditunjukkan Inzaghi memberi gambaran awal kontraknya akan dilanjutkan.

"Ia tidak akan berakhir. Pippo sentiasa kekal dalam ingatan kami," menurut kenyataan yang dikeluarkan Milan.

Inzaghi menyuarakan keyakinan untuk kembali memperkuat Milan sebaik saja cergas sepenuhnya.

"Saya tidak akan menyerah kalah malah akan melakukan segalanya. Percayalah, ia tidak akan berakhir selagi saya masih mempunyai kekuatan dan tenaga secukupnya," jelasnya.

Bekas pemain Itali itu sentiasa berusaha keras untuk mengekalkan kecergasan fizikalnya meskipun sudah berusia 37 tahun.

Dia diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol ketika terikat seri 2-2 dengan Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Penyerang Brazil, Alexandre Pato turut terlepas pertemuan dengan Inter Milan, Ahad ini selepas mengalami kecederaan paha.

Ketiadaan dua tonggak utama Milan memaksa pengurus Massimiliano Allegri menurunkan Zlatan Ibrahimovic, Robinho dan Ronaldinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain