suria

Ronaldo 'Hero' Real Madrid

Ronaldo mempamerkan aksi mantap di gelanggang sendiri.
Ronaldo mempamerkan aksi mantap di gelanggang sendiri.
Ronaldo mempamerkan aksi mantap di gelanggang sendiri.

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol pembukaan dan mencipta peluang untuk Mesut Ozil bagi membantu Real Madrid menewaskan AC Milan 2-0 a dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Pasukan kendalian Jose Mourinho yang pernah tewas 2-3 kepada kelab gergasi Itali itu di Bernabeu setahun yang lalu memanfaatkan kerapuhan benteng pertahanan Milan untuk mencipta kemenangan di gelanggang sendiri.

Penjaga gol Milan, Marco Amelia beraksi dengan baik tetapi gagal menangkap kemas percubaan pasukan tuan rumah buat kali kedua.

Kedua-dua gol itu dilakukan dalam tempoh dua minit.

Real menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan terdahulu manakala Milan mengutip empat mata.

Ajax turut berkongsi empat mata selepas menewaskan Auxerre 2-1 di tempat sendiri.

Milan dan Real akan bertemu semula di San Siro pada 3 November ini di mana pasukan gergasi Sepanyol itu berada pada kedudukan terbaik untuk menempatkan diri dalam kelompok 16 terakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain