suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Pertahan Emas Sukan Komanwel

NEW DELHI: Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel 2010 apabila menewaskan pemain England Rajiv Ouseph pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di sini, Khamis.

Chong Wei, pemain badminton nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan lawannya yang menduduki ranking ke-17 dunia, 21-10, 21-8, dalam perlawanan berat sebelah di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.

Chong Wei, 27 mengambil masa hanya 26 minit untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Komanwel Melbourne 2006. - BERNAMA

Artikel Lain