suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

47 Negara Sertai Kejohanan Powerlifting Dunia IPC

KUALA LUMPUR: Seramai 483 atlet paralimpik dari 47 negara bakal bersaing pada Kejohanan Powerlifting Dunia Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) kali kedua yang dianjurkan di Malaysia dari 25 hingga 30 Julai ini.

Presiden Persatuan Powerlifting Malaysia Komander (B) Kamarulzaman Kadir berkata jumlah penyertaan pada edisi kali ini dilihat lebih baik berbanding sebelum ini.

"Saya difahamkan 11 atlet paralimpik negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, beliau berharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai di Stadium Titiwangsa di sini untuk memberi sokongan padu kepada atlet paralimpik yang mengambil bahagian.

"Kejohanan ini merupakan acara peringkat dunia dan jika bukan rakyat Malaysia datang untuk memberi sokongan moral, siapa lagi yang akan sanggup berbuat demikian untuk bangkitkan semangat atlet paralimpik negara," katanya.

Sehingga kini, Russia, Brazil, Afrika Selatan, Arab Saudi, Turki, Thailand, China dan Singapura sudah mengesahkan penyertaan mereka pada temasya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia