suria

Ribery Kekal Bersama Bayern

Ribery akan menandatangani kontrak selama empat tahun di Allianz Arena.
Ribery akan menandatangani kontrak selama empat tahun di Allianz Arena.
Ribery akan menandatangani kontrak selama empat tahun di Allianz Arena.

MUNICH: Akhbar Jerman, Bild melaporkan perancang tengah Bayern Munich, Franck Ribery akan kekal bersama kelab itu selepas melanjutkan kontrak selama empat tahun lagi sehingga 2015.

Ribery yang akan terlepas pertemuan dengan Inter Milan pada aksi akhir Liga Juara-juara Eropah, esok kerana digantung perlawanan pernah memasang impian untuk meninggalkan Bayern penghujung musim ini kerana mahu beraksi bersama kelab terkemuka di Sepanyol atau England.

Real Madrid, Barcelona dan Manchester United pernah dikaitkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut kenyataan akhbar itu yang memetik beberapa sumber dalaman Bayern sebagai berkata, kontrak baru akan ditandatangani esok apabila pemain berusia 27 tahun itu kembali ke Madrid dari kem latihan skuad kebangsaan Perancis.

Artikel Lain