suria

Skuad Hoben Jang Hoben Disambut Seperti Wira Selepas Julang Piala FA

SEREMBAN: Skuad Bolasepak Negeri Sembilan yang menjuarai Piala FA malam tadi selepas menewaskan aspukan Kedah 5-4, disambut seperti wira oleh para penyokong dan anggota keluarga pasukan itu.

Skuad yang digelar Hoben Jang Hoben itu yang pulang dengan menaiki bas ditunggu oleh kira-kira 50 penyokong berpakaian serba kuning di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) di Rahang hari ini.

Ketua Skuad Bolasepak Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya sewaktu ditemui Bernama melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan pasukan itu.

Katanya, selepas kejayaan merangkul Piala F-A ini, skuadnya akan menumpukan perhatian bagi mengukuhkan kedudukan negeri itu di dalam Liga Super serta saingan Piala Malaysia.

Para pemain dijangka berkongsi imbuhan RM400,000 melalui kejayaan mereka semalam selepas berjaya mengondol RM50,000 apabila memasuki separuh akhir.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menjanjikan RM150,000 apabila skuad itu menjejakkan kaki ke peringkat akhir dan tambahan RM200,000, jika pasukan itu membawa pulang Piala FA. - BERNAMA

Artikel Lain