suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Pelumba Go-Kart Asia Sertai Kejohanan Plus Yamaha SL Siri Malaysia

PETALING JAYA: Seramai 50 pelumba Asia akan menyertai Kejohanan Go Kart Piala PLUS Yamaha SL Siri Malaysia di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang pada Ahad ini.

Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad (PLUS), Noorizah Abdul Hamid berkata, penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan berkenaan adalah bagi menggalakkan sukan go kart selain membantu meningkatkan disiplin dan kemahiran pemandu.

"Kami berharap dapat membantu pemandu generasi baru dalam aspek pemanduan berhemah," katanya kepada pemberita di sini. Perlumbaan itu melibatkan tiga kategori iaitu kadet (8-12 tahun), junior (13-15 tahun) dan senior (16 ke atas).

Pelumba yang akan mengambil bahagian adalah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan India.

Pasukan PLUS Motorsport diwakili Muhammad Nabil Jan Al Jefri, Syafiq Ali, Suhaizarul Suhaizat dan Sheikh Syamiel Sheikh Razak. - BERNAMA

Artikel Lain