suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emas Dalam Genggaman Mohd Romzi

LANGKAWI: Pingat emas dalam genggaman pelayar negara, Mohd Romzi Muhammed yang masih kekal di tangga teratas kelas Laser Radial terbuka pada hari keempat Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik yang kini berlangsung di Pattaya, Thailand.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia Mohd Afendy Abdullah dalam e-mel kepada Bernama di sini hari ini berkata Mohd Romzi mengekalkan kedudukannya menjadi pendahulu selepas menamatkan sembilan perlumbaan hari ini.

Mohd Affendy berkata kedudukan Mohd Romzi selesa untuk meraih emas walaupun ada satu perlumbaan lagi esok.

Katanya pelayar wanita negara, Nur Amirah Hamid, turut cemerlang masih kekal tempat kedua kelas Laser Radial wanita.

Seorang lagi pelayar Harithammry Nassation membaiki kedudukan ditangga kedua dari tempat kelima semalam dengan juara dunia, Kee Rai Bualong, dari Thailand yang mendahului Kelas Laser Standard.

Khairulnizam Mohd Afendy pula yang menduduki tangga kedua semalam turun ke tempat ketiga manakala rakannya Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan menduduki tangga kelima.

Seramai 74 pelayar dari 12 negara menyertai kejohanan di Pattaya itu.

Artikel Lain