suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan Pemain Punca Prestasi Kedah Merosot: Pengurus Pasukan

ALOR SETAR: Masalah kecederaan ramai pemain utama dikenal pasti sebagai punca rentak permainan pasukan Kedah dalam Liga Super dan Piala FA tidak konsisten dalam beberapa perlawanannya kebelakangan ini, kata pengurus pasukan Datuk Khazali Din.

Beliau memberitahu Bernama bahawa ketiadaan pemain senior untuk mengemudi pasukan turut menyumbang kepada persembahan naik turun Kedah sejak awal musim.

Ketua pasukan Victor Andrag yang mengalami kecederaan betis direhatkan sejak awal musim belum dapat dipastikan untuk kembali beraksi.

Kata kecederaan pemain-pemain utama lain termasuk penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail serta Khyril Muhymeen, Shahrulnizam Mustapa, Fazliata Taib dan Saramsak Kram akan menambah derita Kedah seterusnya.

"Pelbagai usaha termasuk sesi kaunseling dibuat untuk menguatkan keyakinan pemain. Hasil analisis mendapati kelemahan ketara mereka mudah hilang punca walaupun bermain di gelanggang sendiri apatah berdepan pasukan ternama," katanya.

Menurut Khazali keputusan seri 1-1 dengan Angkatan Tentera (ATM) dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi menyerlahkan kelemahan pasukannya.

"Kedah boleh menang perlawanan itu tetapi pemain gugup dan hilang pedoman menyebabkan kita seri," katanya.

Ketua jurulatih, Ahmad Yusof berkata beliau yakin dalam keadaan sekarang, pemain masih dapat bertahan untuk menang apabila menentang Negeri Sembilan dalam Liga Super pada Sabtu ini.

Katanya mereka tiada pilihan kecuali bermain habis-habisan supaya tidak tercicir jauh selepas kecundang 0-4 kepada Selangor pada Sabtu lepas.

"Saya akan menyusun semula strategi dengan pemain yang ada," kata Ahmad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain