suria

GP Akhir Kebangsaan: Chong Wei Juara Lapan Kali Berturut-turut

Datuk Lee Chong Wei menjuarai GP Ahkir Kebangsaan kali kelapan berturut-turut. Foto THE STAR: ABDUL RAHMAN EMBONG
Datuk Lee Chong Wei menjuarai GP Ahkir Kebangsaan kali kelapan berturut-turut. Foto THE STAR: ABDUL RAHMAN EMBONG
Datuk Lee Chong Wei menjuarai GP Ahkir Kebangsaan kali kelapan berturut-turut. Foto THE STAR: ABDUL RAHMAN EMBONG

JOHOR BAHRU: Datuk Lee Chong Wei menjuarai acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan buat kali kelapan berturut-turut selepas menewaskan Kuan Beng Hong pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup di sini hari ini. Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia hanya mengambil masa 30 minit untuk mengalahkan Beng Hong pemain di ranking ke-33 dunia dengan keputusan 21-17, 21-13.

Selaku juara Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 di atas kejayaannya dan akan berehat seminggu sebelum menyambung latihannya selepas sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya telah capai sasaran saya pada kejohanan ini. Tetapi cabaran besar saya selepas ini ialah All England pada bulan Mac dan saya perlu lebih fokus.

"Dengan sambutan Tahun baru Cina tidak lama lagi saya perlu sentiasa berjaga-jaga, cergas dan fokus untuk menang gelaran (All England) yang saya idam-idamkan," katanya.

Sementara itu, kejutan terbesar dicatatkan dalam perseorangan wanita apabila bekas juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dari Pulau Pinang, Tee Jing Yee menjuarai kategori itu selepas berjaya menundukkan Lydia Cheah dalam pertembungan tiga set 21-10,11-21,21-11.

Beregu wanita utama negara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty bagaimanapun tidak berdepan masalah mengalah pasangan muda Lim Yin Loo-Ng Paou Leng 21-14, 21-12 untuk menjuarai acara beregu wanita.

Pasangan veteran Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pula dipaksa bermain sehingga ke set penentuan oleh gandingan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong, sebelum menang 21-16,20-22,21-13.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir hari ini:

Beregu campuran: Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Wong Pei Tty mn Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-18, 16-21, 21-19.

Perseorangan Wanita: Tee Jing Yi mn Lydia Cheah Li Ya 21-10,11-21, 21-11.

Perseorangan Lelaki: Lee Chong Wei mn Kuan Beng Hong 21-17,21-13.

Beregu Wanita: Chin Eei Hui-Wong Pei Tty mn Lim Yin Loo-Ng Paou Leng 21-14,21-12.

Beregu Lelaki: Choong Tan Fook-Lee Wan Wah mn Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong 21-16,20-22,21-13. -BERNAMA

Artikel Lain