suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharapova Tewas Dipusingan Pertama; Safina Mara...

MELBOURNE: Azam ratu tenis wanita, Maria Sharapova untuk menebus ketidakhadirannya pada Kejohanan Tenis Terbuka Australia tahun lepas dengan muncul juara tahun ini telah berkecai.

Ini kerana, bekas juara itu telah ditewaskan oleh seorang lagi pemain Rusia yang bernama Maria iaitu Maria Kirilenko 7-6(7-4);3-6;6-4.

Kedua-dua pemain berusia 22 tahun itu bergelut hampir tiga jam di gelanggang sebelum Sharapova mengaku kalah.

Malah pada sepanjang perlawanan, permainan Sharapova kelihatan berkarat dan kebanyakan pukulan balas dia tersangkut di jaring.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain Rusia, Dinara Safina berjaya mara ke pusingan kedua dengan menewaskan pemain Republik Slovak, Magdalena Rybarikova.

Pemain pilihan kedua kejohanan itu merupakan naib juara tahun lalu - tewas di tangan Serena Williams.

Artikel Lain