suria

Sukan Layar: Mohd Amirul Shafiq Dan Kharuneeta Layak Ke Sukan Olimpik Remaja 2010

LANGKAWI: Dua pelayar pelapis negara Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan peserta wanita Kharunneeta Mohd Afendy berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata kedua-dua pelayar itu layak selepas masing-masing merangkul tempat kedua pada kejohanan pusingan kelayakan Asia Byte CII yang berakhir di Pattaya, Thailand, semalam.

Dalam emel ke Bernama semalam, katanya, Malaysia menghantar enam pelayar termasuk tiga wanita ke kejohanan pusingan itu.

Menurutnya Mohd Amirul, 15, dari Johor, berjaya menduduki tempat kedua di belakang pelayar Thailand, Thanakan Korkerad dan tempat ketiga disandang oleh pelayar China Wang Zili.

Dalam pada itu, Kharunneeta, 14, bangkit semula selepas gagal menyesuaikan rentak di awal pertandingan sebelum menewaskan juara remaja Asia, Jittiwa Thanawitwilat dari Thailand.

Pelayar China Gu Min menjuarai acara itu diikuti Khairunneeta di tempat kedua dan Jittiwa meraih tempat ketiga.

Artikel Sebelum

Juara Wanita Dunia Terkeluar

Artikel Berikut

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain