suria

Dua Peserta Malaysia Berentap Pada Kejohanan Tomoi Dunia

LANGKAWI: Kejohanan Tomoi TM Z1 Dunia peringkat separuh akhir yang sedang berlangsung di Dewan pameran Mahsuri Antarabangsa Langkawi, di Padang Matsirat di sini, akan memilih empat peninju untuk ke pusingan akhir pada 12 Disember ini. Setiausaha Persatuan Tomoi Kedah, Mohd Sanusi Othman hari ini berkata dua peserta Malaysia, Alif Zulkifli dan Wesley Wayne Jaya merupakan antara lapan peserta dari enam negara yang sedang berentap pada perlawanan separuh akhir itu yang berlangsung selama dua hari yang berakhir esok.

Katanya, antara negara yang menghantar peserta bagi menyertai kejohanan itu ialah Thailand, Ireland, Brazil, Jerman dan Iran. Beliau berkata, pemenang kejohanan siri kedua di Langkawi itu, akan layak ke peringkat akhir yang akan diadakan di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur pada 12 Dis ini.

Mohd Sanusi berkata, peringkat awal kejohanan telah diadakan di Kulim pada 23 dan 24 Oktobe4r lepas dengan disertai 16 peserta.

Kejohanan itu mempertandingkan dua kategori iaitu 63.5 kilogram dan 67 kilogram dan pemenang kejohanan akan meraih hadiah wang tunai RM10,000 dan tali pinggang kejohanan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain