suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Monsun: Empat pasukan lepasi peringkat separuh akhir Kelayakan Asia

KUALA TERENGGANU: Empat pasukan hari ini melepasi saingan peringkat separuh akhir Kelayakan Asia Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang berlangsung secara kalah mati di Pulau Duyong, hari ini.

Ia terdiri daripada pasukan New Zealand yang diketuai Phil Robertson, Michael Dunstan (SLAM Match Racing Team), Kan Yamada dari JFP, dan pasukan Martin H Kaye (Team Hong Kong).

Dua pasukan yang mengumpul mata tertinggi pula akan bersaing pada peringkat akhir petang ini untuk merebut satu slot bertanding dalam kejohanan Piala Monsun yang akan diadakan di lokasi sama, bulan depan.

Semalam pasukan New Zealand yang diketuai Phil Robertson mendahului pasukan-pasukan lain pada hari kedua kelayakan Asia Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dengan mengumpul 10 mata.

Ia diikuti tiga pasukan lain yang masing-masing mengumpul tujuh mata iaitu Kan Yamada dari JFP, pasukan Martin H Kaye (Team Hong Kong) dan Michael Dunstan (SLAM Match Racing Team).

Pasukan tempatan Taring Pelangi yang diketuai Hazwan Hazim mengumpul tiga mata manakala satu lagi pasukan tempatan Malaysia Armed Forces 1 yang diketuai pelayar Mohammad Razali Mansor mengumpul satu mata.

Sementara itu, Team EM (Royal Varuna Yacht Club) yang diketuai pelayar Morten Jakobsen, berjaya mengumpul satu mata. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia