Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia habis dijual

KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata sebanyak 85,000 tiket dijual termasuk 10,000 tiket yang dijual dalam masa sejam sahaja di Stadium Nasional yang habis pagi Jumaat.

"Kita sebelum ini telah memberikan sebanyak 75,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) seperti yang ditempah untuk dijual di negeri masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 2,000 penyokong kedua-dua pasukan gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan itu.

"Kita akan cuba berbincang dengan penaja untuk mendapatkan tayangan skrin gergasi di luar stadium," kata Azzuddin.

Perlawanan akhir edisi ke-84 piala yang paling berpestij di dalam saingan Liga Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 8.45 malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain