suria

Malaysia lawan China pada suku akhir hari ini

KOTA KINABALU: Malaysia akan berdepan dengan China pada perlawanan suku akhir Kejohanan Ragbi Siri Asia Tujuh Sebelah (IRB) pusingan Borneo di sini, hari ini.

Malaysia melangkah ke suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan selepas memenangi dua daripada tiga perlawanan, semalam.

Malaysia menewaskan Thailand 34-0 dan Indonesia 32-0 manakala tumpas kepada Jepun 0-22 pada perlawanan akhir kumpulan A.

Jurulatih pasukan negara Jude Rampangajow menyifatkan pertemuan dengan China adalah seimbang dan tidak akan mengambil mudah ke atas lawannya itu.

Jepun, yang mencatatkan tiga kemenangan untuk muncul juara kumpulan, akan menentang Thailand dalam saingan suku akhir.

Turut layak ke suku akhir ialah pasukan Filipina, Korea Selatan, Hong Kong dan Guam.

Jurulatih Jepun Wataru Murata berkata beliau meramal pasukan Korea Selatan, China dan Hong Kong akan mara ke peringkat separuh akhir.

Kejohanan itu juga mempertandingkan acara wanita. Thailand mendahului saingan dengan dua kemenangan, mengatasi Malaysia 21-10 dan India 39-0.

India menduduki tangga kedua selepas mengalahkan Malaysia 21-10.

Dalam kategori kelab, perlawanan suku akhir menyaksikan pertemuan antara Borneo Eagles dan OSCA (Old Sabah College Allumny), SibuRC (Sarawak) menentang N.S Wanderers (Negeri Sembilan), Cobra (Combined Old Boys Rugby Association) Selangor melawan Sabah Eagles, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan dengan Davetalevu dari Fiji. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain