Wan Jamak tetap yakin N.Sembilan mampu ke perlawanan akhir - Sukan | mStar

Wan Jamak tetap yakin N.Sembilan mampu ke perlawanan akhir

SEREMBAN: Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan tetap yakin pasukannya akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya para pemain dapat menunjukkan persembahan seperti mana perlawanan separuh akhir pertama malam tadi.

"Saya tidak mengharapkan apaapa daripada pemain selain perlu mengekalkan prestasi seperti mana dipamerkan malam tadi. Namun, saya tetap risau dengan kelemahan tindakan penyudah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun menguasai permainan namun pasukannya gagal menambah jaringan selepas gol tunggal yang dijaringkan oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke50 menjadi bekalan menjelang perlawanan separuh akhir kedua menentang Terengganu di tempat lawan, Sabtu ini.

"Inilah yang perlu saya berikan perhatian pada separuh akhir kedua di Kuala Terengganu Sabtu ini. Kalau dikira dengan persembahan malam tadi, rasanya kami sepatutnya menjaringkan lebih daripada satu gol," katanya.

Walaupun sedar skuadnya mempunyai kelebihan, Wan Jamak turut mengakui hakikat keputusan itu bukanlah jaminan kukuh apabila bertandang ke Kuala Terengganu nanti.

"Tetapi, saya tetap yakin jika pemain saya dapat menunjukkan persembahan seperti mana tadi, saya yakin kami akan melangkah ke final," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) memberikan insentif sebanyak RM50,000 kepada skuad Rusa kerana berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir saingan Piala Malaysia musim ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar yang juga Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Mohamad berkata insentif itu sebagai menghargai sumbangan pemain kerana berjaya melayakan diri ke perlawanan separuh akhir. Beliau berharap insentif itu akan dapat memberi perangsang kepada pemain supaya bermain lebih cemerlang lagi dan seterusnya melayakan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.