suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Timor Leste anjur pertandingan Sukan Memancing Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Kerajaan Timor Leste buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Sukan Memancing Antarabangsa dari 27 hingga 29 November.

Pertandingan selama tiga hari itu, diadakan sempena inisiatif "Dili, Bandaraya Aman" negara itu, menawarkan hadiah wang tunai sebanyak US$14,000 (RM47,830).

Pertandingan itu akan berlangsung di Pulau Atauro, 30km di utara ibu negara Timor Leste, Dili.

"Kami rakyat Timor sungguh bertuah kerana mendapat sokongan antarabangsa bagi komitmen kami dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang demokrasi, inklusif dan harmoni. Dalam usaha kami mencapai matlamat ini, adalah amat bertepatan untuk kami meraikannya dengan rakan dan jiran terdekat Timor Leste dan juga dari luar negara. "Pertandingan Sukan Memancing Antarabangsa ini akan menghimpunkan peserta dalam semangat kesukanan yang penuh mesra, di mana akhirnya semua orang adalah pemenangnya," katanya Presiden Timor Leste dan Pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Jose RamosHorta dalam kenyataan semalam.

Penyertaan bagi pertandingan memancing adalah percuma tetapi peserta perlu menanggung kos perjalanan dan penginapan di Timor Leste.

Bagi mereka yang berminat, keterangan lanjut boleh didapati di laman web pertandingan di www.islandofadventure.tl. BERNAMA

Artikel Lain