suria

Skuad menembak Sukan Sea sasar empat pingat emas

LANGKAWI: Skuad menembak ke Sukan SEA di Laos Disember ini akan menghadapi dua kejohanan sebagai memantapkan persiapan sebelum menghadapi temasya itu.

Pengurus pasukan Malaysia, Laksamana Muda Datuk Musa Omar berkata Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok pada 31 Okt hingga 9 Nov dan Kejohanan Menembak Kebangsaan di Lapang Sasar Subang Kuala Lumpur mulai 13 hingga 15 Nov akan menguji kemampuan mereka sebelum ke sukan berprestij itu.

Malaysia mensasarkan empat pingat emas untuk dimenangi pada temasya itu, katanya kepada Bernama selepas meninjau latihan 15 penembak skuad Sukan SEA di bawah pengawasan jurulatih Mohd Hashim Desa, di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) di sini.

Musa berkata beberapa penembak berpengalaman seperti Hasli Izwan Amir Hamzah, Bibiana Ng Pie Chin, Siti Nur Masitah Mohd Badrin dan Joseline Cheah mampu menyumbang pingat kepada negara.

Selain itu, penembak yang buat pertama kali membawa cabaran negara seperti Khalel Abdullah dan Nur Suriani Taibi mempunyai peluang baik pada sukan itu.

Selain sasaran acara individu, Malaysia bertekad untuk meraih kejayaan pada kategori berpasukan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain