suria

Elly, Zulfahmi galas cabaran negara pada Moto GP esok

SEPANG: Dua pelumba wildcard negara, Elly Edzlianizar Ilias dan Mohd Zulfahmi Khairuddin akan menggalas cabaran Malaysia setelah keduaduanya layak beraksi pada perlumbaan utama kelas 125cc, Kejohanan Motosikal Grand Prix Dunia (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang, esok.

Pada sesi kelayakan petang ini, Elly yang juga merupakan pelumba utama pasukan Air Asia Team Malaysia berjaya mencatatkan masa dua minit 17.952 saat untuk berada di tempat ke25 dengan pelumba Red Bull KTM Moto Sport, Marc Marquez menduduki petak utama setelah mencatatkan masa 2:13.756s.

"Berbekalkan pengalaman yang saya kutip pada sesi latihan pertama (semalam) dan kedua (pada sebelah pagi ini), saya berjaya mencapai sasaran masa yang telah ditetapkan oleh pasukan.

"Malah saya kini telah bersedia untuk perlumbaan sebenar esok kerana dalam tempoh dua hari ini banyak benda yang dapat dipelajari apabila bersaing dengan pelumba-pelumba lain yang bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas sesi kelayakan itu petang ini.

Pada sebelah pagi (sesi latihan bebas kedua), pelumba kelahiran Kangar, Perlis itu mencatatkan masa 2:18.795s setelah mencatatkan 2:18.653s pada sesi latihan bebas pertama semalam.

"Apa yang penting esok saya akan cuba untuk menamatkan perlumbaan dengan selamat selain membaiki catatan masa pusingan kelayakan hari ini dengan strategi yang akan diatur kelak," katanya.

Beliau berkata usaha untuk mencatatkan masa yang lebih baik adalah tidak mustahil untuk dilakukan kerana masih terdapat beberapa selekoh yang boleh diperbaiki dari segi catatan masanya.

"Semangat saya juga semakin tinggi dengan kehadiran penyokongpenyokong tempatan yang pasti akan dapat membantu saya dari segi keyakinan seperti yang ditunjukkan oleh kirakira 2,000 penonton hari ini.

"Sokongan seperti ini memang amat saya harapkan kerana saya seperti membawa harapan beriburibu orang pada perlumbaan itu nanti," kata pelumba yang menggunakan jentera Aprilla RSW 125 itu.

Pelumba yang berusia 28 tahun itu juga tetap optimis impiannya untuk mendudukan sekurangkurangnya tempat ke15 (mengutip satu mata) akan dapat dicapai namun keyakinan dalam dirinya diperlukan terlebih dahulu.

Mohd Zulfahmi yang menggunakan jentera Yamaha TZ 125 turut mencapai sasaran masa yang ditetapkan oleh pasukan apabila mencatatkan 2:19.655s untuk bermula di petak ke30 esok.

Mengulas mengenai pencapaian keduadua pelumba itu, pengurus pasukan Ron Hogg berkata mereka telah mencapai sasaran yang ditetapkan dan telah menunjukkan lebih banyak peningkatan berbanding semalam (sesi latihan bebas pertama).

"Malah untuk Elly kita sebenarnya yakin akan kemampuan beliau untuk membuat catatan yang lebih baik hari ini (2:17.952s) jika berdasarkan catatan masa semua selekoh diambil kira dan sedikit penekanan diberikan," katanya.

Hogg turut memuji catatan masa yang dicatatkan oleh Mohd Zulfahmi (2:19.655s) kerana pelumba Indonesia, Doni Tata Pradita yang menggunakan jentera yang sama beberapa tahun sebelum ini mencatatkan lebih satu saat.

"Untuk perlumbaan esok, kita belum meletakkan sebarang sasaran kerana tidak mahu keduadua pelumba ini merasa tertekan selain perlu menganalisis dan membuat persiapan terakhir motosikal namun secara dasarnya kita mahu mereka menamatkan perlumbaan sebanyak 19 pusingan itu.

"Mungkin sasaran akan ditetapkan selepas sesi 'pemanas badan' pada sebelah pagi esok namun ingin saya tegaskan, mereka telah mempamerkan persembahan di luar jangkaan kami," katanya.

Pencapaian terbaik pelumba Malaysia dalam kategori 125cc menerusi wildcard adalah melalui Soong Chee Kieong pada 1995 yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. BERNAMA

Artikel Lain