suria

Badminton (Remaja Dunia): Malaysia mara ke separuh akhir

ALOR SETAR: Skuad badminton remaja kebangsaan melangkah ke separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan terakhir kumpulan Z di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini.

Malaysia yang memburu tempat ke final memperoleh mata pertama apabila beregu campuran yang dibarisi Chooi Kah Mong-Ng Hui Ern menewaskan Otaki Naoto-Kanako Konishi 16-21, 21-16 dan 21-16.

Perseorangan utama negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin terus menceriakan penyokong apabila mudah menjinakkan Watanabe Tatsuya 21-12 dan 21-15 untuk menyumbang mata kedua.

Bagaimanapun, kem negara sedikit tersentak apabila gandingan beregu lelaki Phang Zheng Lin-Goh Jian Hao ditewaskan Hoshiro Shohei-Kobayashi Akira 16-21 dan 19-21.

Pemain perseorangan perempuan Malaysia, Tee Jing Yi muncul wira apabila menyumbang mata ketiga sekaligus membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir sesudah menewaskan Mitani Minatsu dengan 21-18 dan 21-11.

Bagaimanapun skuad bergu perempuan negara Ng Hui Ern-Lai Pei Jing gagal meneruskan rentak cemerlang apabila ditewaskan dengan mudah oleh Takahashi Sayaka-Fukuman Naoko 16-21, 2-21.

Sementara itu, Tee berkata beliau berasa gembira kerana dapat menewaskan lawan walaupun pada awal perlawanan beliau merasakan peluangnya hanya 50 peratus untuk menang.

"Semasa separuh masa pertama saya sedikit tertekan apabila pihak lawan mendahului tetapi saya berjaya pintas di saatsaat akhir," katanya.

Katanya beliau mendapat kekuatan apabila rakanrakan dan penyokong Malaysia sentiasa memberi semangat manakala pihak lawan pula banyak melakukan kesalahan membuatkan beliau mudah mendapat mata.

Keputusan (Malam):

Group W:

China mn Indonesia (4-1) Rusia mn New Zealand (5-0)

Kumpulan Z:

Malaysia mn Jepun (3-2) Singapura mn Perancis (3-2)

Dalam perlawanan "play off" Taiwan kalahkan India (3-2) dan Thailand kalahkan Hong Kong (3-2). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain