suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu hantar peninju berlatih di Korat

BESUT: Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) akan menghantar tujuh peninjunya menjalani latihan di Korat, Thailand selama seminggu bermula bulan depan bagi membuat persiapan awal untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka.

Setiausaha Kehormat PTAT Razali Mamat berkata latihan itu dibuat bagi memantapkan lagi prestasi peninju yang terpilih dalam usaha merebut pingat emas pada Sukma tahun depan.

Katanya sepanjang berada di Korat, semua peninju akan diletakkan di bawah kendalian jurulatih negeri Adun Pasu, yang berasal dari Thailand.

"Selain mempelajari teknik semua peninju akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan peninju di beberapa kelab tinju di Korat bagi memberikan pendedahan dan membina jati diri kepada peninju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Razali berkata pemergian ke Korat itu juga mendapat persetujuan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pasukan itu meletakkan sasaran untuk memperoleh lima pingat emas pada Sukma tahun depan. BERNAMA

Artikel Lain