suria

Satu lagi skuad bawah 20 tahun diwujudkan ekoran kejayaan Harimau Muda

KUALA LUMPUR: Keputusan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan satu lagi pasukan bawah 20 tahun kebangsaan adalah berikutan kejayaan yang diraih oleh skuad Harimau Muda.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata seperti yang diputuskan, skuad bawah 20 tahun kebangsaan yang sedia ada iaitu Harimau Muda yang bergelar juara Liga Perdana musim ini, akan bersaing pada Liga Super musim depan.

"Kami mengambil iktibar dan pengajaran hasil daripada kejayaan Harimau Muda yang menjuarai Liga Perdana walaupun hanya dibentuk sejak tiga tahun lepas sahaja.

"Malah beberapa pemain skuad itu dipanggil jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal untuk menyertai skuad kebangsaan setelah menunjukkan prestasi yang baik semasa bersama Harimau Muda," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dengan wujudnya dua pasukan bawah 20 tahun, jurulatih juga akan mempunyai sejumlah pemain yang ramai untuk dipilih mewakili negara terutamanya menjelang kelayakkan Sukan Olimpik 2012 yang akan bermula tahun depan.

"Secara tidak langsung pemainpemain akan bersaing secara sihat dan kompetitif bagi merebut tempat di dalam skuad utama," katanya.

Azzuddin berkata FAM juga sudah menyenarai pendek jurulatih untuk pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super, dan namanya akan diumumkan di dalam masa terdekat.

"Kami memang mempunyai beberapa nama di mana mereka merupakan jurulatihjurulatih tempatan," katanya.

Skuad Harimau Muda sekarang yang dibimbing oleh jurulatih Ong Kim Swee baru sahaja pulang daripada menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Slovakia selama 18 hari sejak awal bulan ini.

Selepas cuti Aidilfitri ini, skuad itu akan berangkat ke Laos bagi menghadapi kejohanan tiga penjuru praSukan SEA dari 2 hingga 6 Okt bersamasama tuan rumah dan Thailand yang menampilkan skuad bawah 23 tahun. "Sebaik tamat kejohanan itu, mereka akan ke Vietnam untuk menyertai Piala Newspaper yang akan disertai oleh lapan pasukan termasuk dari Amerika Selatan dan Timur Tengah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain