suria

RM6 juta untuk dua pasukan bola sepak Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu dan T'Team, masing-masing bakal menerima peruntukan RM3 juta daripada kerajaan negeri untuk menghadapi cabaran liga Malaysia tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata sumbangan itu sebagai menyuntik semangat pengurusan dan pemain-pemain untuk menghadapi kejohanan Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Kita harap keduadua pasukan itu mencapai kejayaan dan sekaligus akan mengharumkan nama Terengganu dalam kejohanan tersebut," katanya di sini hari ini.

Rahim yang juga Pengurus Pasukan T'Team berkata, tahun ini tugas pasukan T'Team lebih mencabar kerana buat pertama kali pasukan itu akan berentap dalam pertandingan Liga Super.

Beliau berkata ini bermakna T'Team akan berhadapan dengan banyak pasukan terbaik, terutamnya pasukan negeri yang sememangnya hebat dan sukar ditandingi pasukan baru seperti T'Team.

Rahin berkata menyedari hakikat itu, pengurusan T'Team akan membuat persiapan rapi bagi pemain termasuk mencari pemain baru untuk memperkukuhkan pasukan.

"Bayaran bukan perkara utama, tetapi yang lebih penting ialah kita mahu mencari pemain-pemain berkaliber dan bersedia membantu pasukan T'Team," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan T'Team mengambil keputusan mengekalkan jurulatih Chekku Marzuki Chekku Mohd Nor memandangkan kejayaannya membawa pasukan itu menjadi naib juara Liga Perdana musim ini.

Rahin berkata manamana pemain yang ingin mewakili pasukan T'Team pada tahun depan, bolehlah datang menguji bakat apabila T'Team mengadakan latihan di padang Gong Badak Sabtu ini. BERNAMA

Artikel Lain