suria

Terbuka British: Nicol dan Mohd Azlan gagal mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Dua pemain skuasy harapan negara, Datuk Nicol Ann David dan Mohd Azlan Iskandar terkandas dalam saingan masing-masing di Kejohanan Skuasy Terbuka British 2009 di Manchester, Sabtu.

Harapan Malaysia musnah selepas pemain nombor satu dunia Nicol tumpas di tangan pemain Ireland Madeline Perry di peringkat suku akhir kejohanan.

Menurut laman web www.squashsite.co.uk, dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama sejam 16 minit, ratu skuasy negara dari Pulau Pinang itu pada mulanya mendahului dengan 116 dan 1412, namun Madeline bangkit untuk menyerlah dalam tiga set berikutnya dengan 15-13, 11-5 dan 11-9.

Ia merupakan kali pertama Madeline menumpaskan Nicol, 25, sepanjang pertemuan mereka. Madeline, pilihan kelima kejohanan, akan bertemu dengan pemain England Alison Waters dalam perlawanan separuh akhir.

Terdahulu Alison menumpaskan pemain Australia Donna Urquhart 6-11, 11-5, 11-3 and 11-7 dalam masa 31 minit.

Dalam perlawanan kemudiannya pada kira-kira pukul 5 pagi waktu Malaysia, Mohd Azlan tumpas di tangan pemain tuan rumah James Willstrop dengan straight set 11-5, 11-6 dan 12-10 dalam masa 47 minit.

Dalam perlawanan pada hari sebelumnya, Mohd Azlan masa ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan naib johan Terbuka British dua kali yang juga pilihan ketujuh kejohanan Thierry Lincou dari Perancis dengan 11-13, 11-4, 5-11, 14-12 dan 11-5 dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama 91 minit.

Willstrop pula mara ke perlawanan suku akhir selepas pemain pilihan pertama kejohanan Karim Darwis dari Mesir menarik diri separuh jalan selepas mengalami kecederaan buku lali. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain