suria

Skuasy: Mohd Azlan, Beng Hee melepasi pusingan pertama Terbuka British

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy utama Malaysia, Mohd Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee melepasi pusingan pertama mereka pada Kejohanan Terbuka British di Manchester malam tadi.

Menurut www.squashsite.co.uk, Mohd Azlan menewaskan pemain yang layak, Yasir Butt dari Pakistan dalam empat set pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung selama 58 minit, 13-11, 11-8, 9-11, 11-4.

Mohd Azlan yang mara ke pusingan kedua akan bertemu pilihan ketujuh, Thierry Lincou dari Perancis, yang telah menewaskan juga layak, Martin Knight dari New Zealand dalam straight set 11-7, 11-2 dan 11-7.

Bagaimanapun ia adalah perlawanan mudah untuk Beng Hee sebelum beliau mengatasi bukan pilihan Davide Bianchetti dari Itali dalam lima set.

Beng Hee, mendahului dengan 118 dan 117 dalam perlawanan dua set pertama tetapi Bianchetti bangkit semula 11-7 dan 11-5 pada set berikutnya yang memaksa perlawanan itu sebagai penentu.

Bagaimanapun, Beng Hee merampas perlawanan penentu itu 113 untuk pusingan kedua menentang pilihan keenam Peter Barker selepas pemain dari England itu menewaskan Stephane Galifi dari Perancis 11-9, 4-11, 11-5, 11-2.

Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David akan berentap dengan bukan pilihan dari England Lauren Briggs esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Roslinda tumpu tiga kejohanan utama

Artikel Berikut

Liga Perdana England

Artikel Lain